KliK KliK!

Showing posts with label Kisah Hidup. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hidup. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Nak Cantik Sambil Buat Duit

Aku tak lame lagi akan menganggur... serius aku akan jadi penganggur dan menyanyi lagu Sudirman !_!

Tapi ape aku pedulik... x mati pun jadi penganggur cume sesak jer... huhuhu aku jadi penganggur bukan sebab aku x bagus cume aku pekerja kontrak jer... koje dh settle aku pun JALAN..... korang ingat indon je ke yg keje kontrak? aku pun kontrak ler.....

So oleh sbb aku nk jage anak aku sambil keje aku try cari keje yg boleh wat aku ley jaga anak, dapat income n.... cantik! wink wink... Aku keje kat opis x ley cantek sbb stress... keje stress mane ley cantek beb.... heeee...

Aku ade google2 kat pak cik google... then jumpe website nih! Harmony produk milik Zamzarina. Cer anda register then paste at ur blog n u will get commision if ade org beli produk di link blog anda... got it?


Macam2 juga produk menarik dan berpatutan harganyer... org kate wanita nih kene jaga kecantikan nak2 dh berkahwin mcm aku ni... saya tak kate anda x cantik... cantik ni terlalu subjektif. Ade cantik tang mate... cantik tak tangan dan cantik tang perangai... tp kite pun perlu merasa cantik tak permukaan luar dlm erti kate wajah dan kewanitaan... x salah jika nk mencuba kan?

Kat sini aku pun nak share spa yang bagi kupon free for first trial.

Alamatnye pun ade kat bwh kupon tu n jgn lupe call for reservation dulu tau.... Nak lebih detail dia betul2 deret Bank Rakyat. Harga Spa di pun sgt berpatutan sesuai untuk penganggur mcm aku ni ha... heeee... ok lah aku nk google2 keje on9 lagi. Semoga Cantik untuk pembaca blog aku....

Wednesday, November 14, 2012

Ibu, anak dan Metrobus....

Lihat wanita di bawah ini...
Sekali tengok mcm pengkid merokok dan sempoi menjerit-jerit nk meraih org masuk ke dlm bas Metrobus... tapi sape sangka dia seorang ibu kepada 4 org anak.... mcm mane ya aku tau dia ibu dan ada 4 org anak???
Aku tau kerana dia telah membawa anak nya sepanjang dia bekerja di dlm bas ini.... anak kecil ini adalah anak bongsu tidur berlapikkan bantal buruk dan tidur dgn lena walaupun dlm keadaan bising.... anak lelakinya mengutip duit dr semua org di dlm bas dan 2 org anak perempuan bersembang sambil menyanyi di dlm bas dgn gembira.

Aku sgt2 tersentuh melihat anak2 ini terpaksa hidup begini membuatkan aku rindu anak di rumah... Ibu ini tidak sepatutnya membabitkan anak dlm keadaan ini... tempat mereka adalah di rumah.... 

Jika anda ditempat saya melihat keadaan ini berlaku, apa yg anda akan lakukan????

Perkataan seksi memang......

Dunia dan teknologi yg semakin pesat ini telah melahirkan ramai bijak cerdik seperti yg anda dapat lihat semakin ramai ank2 berlumba-lumba untuk merangkul A's di dalam result exam masing. Caranya sgt mudah dgn melayari internet untuk mendapat maklumat tambahan mengenai pelajaran x seperti aku dulu.... kene beli surat khabar atau buku latihan tubi tambahan..... 
Tapi anda as parent should know x semua anak kite melayari internet untuk cari bahan pelajaran... tp... sebaliknya.... contohnya aman web porno. Di bawah merupakan jumlah pageviews aku.
Biar byk mane aku post pun cite best mane pun ini paling tertinggi.... heee senang klu nk page viewer anda ramai... bayakkan tulis sexy, spender ke... ehem2 ker.... Aku as blogger sgt bersalah dgn posting Sape paling seksi.
Baru tadi aku tengok rancangan wanita Hari Ini....mengenai pembuangan janin...mmg tragis... kite as parent as mom n dad patut pantau segala tingkah laku anak kite n kite kene kenal kwn2 anak kite. Bukan kite nk busy body tp nk beringat sebelum terkena.....


Anak adalah anugerah yang x terhingga... jagalah, didiklah dan sayangi mereka awasi mereka dari anasir2 jahat di luar sana.... mereka masih baru dalam dunia ini.

Friday, September 23, 2011

Kisah benih dan penipuan....

Aku juz nk share cite ni tp if korang dh terbace b4 diz... bace jer lagi... x rugi pun.... bak kate jurujual Lingua Phone kat kolej aku dulu... "Ala dik... dgr jer dulu bkn rugi punnn saya x amik duit adik pun..." Haktui tui! aku dgr hehehe....
............................................................................................................................................................

Seorang CEO hendak mewariskan syarikat perniagaannya kepada pekerja- harapannya tetapi agak sukar untuk mencari yang terbaik.
Oleh itu dia memanggil semua eksekutifnya dan masing-masing diberikan sebiji BENIH dan berkata, “Siramlah benih ini dengan teratur, pelihara, dan kembalikan kepada saya setahun dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari biji benih ini.
Yang TERBAIK, pemiliknya akan menjadi pengganti saya sebagai CEO perrniagaan ini.”
Seorang pekerjanya, Rahmat, pulang ke rumah.
Setiap hari dia menyiram benih tersebut dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.
Setelah 6 bulan, di pejabat, eksekutif yang lain sering bercerita pasal tanaman masing-masing, sedangkan Rahmat pula melihat TIDAK ADA PERUBAHAN yang terjadi kepada benih kepunyaannya. Benihnya tidak tumbuh apa-apa.
Dia merasakan dia akan GAGAL..
Setelah setahun, seluruh eksekutif menghadap CEO, mempersembahkan hasil benih tersebut. Rahmat berkata pada isterinya bahawa dia malu untuk membawa pasu yang kosong, namun isterinya memberi galakan kepadanya untuk menyatakan perkara yang sebenar. Rahmat menyedari bahawa isterinya menyarankan PERKARA YANG BENAR.
Memasuki ruangan mesyuarat, Rahmat membawa sebuah pasu yang kosong. Seluruh mata memandangnya dengan kasihan. Ketika CEO memasuki bilik mesyuarat, dia memandang keindahan seluruh tanaman itu, hingga akhirnya dia berhenti di depan Rahmat yang tertunduk malu.
CEO memintanya ke depan dan menceritakan TRAGEDI yang menimpanya.
Ketika dia selesai bercerita, CEO berkata, “Berikan tepukan yang gemuruh untuk Rahmat, CEO yang baru”.
Dia menyambung, “Aku memberikan kepada anda semua sebiji benih yang sebelum itu SAYA TELAH REBUS DENGAN AIR PANAS sehingga mati dan tidak mungkin tumbuh. Melihat benih itu tidak tumbuh, anda semua telah menukarnya dan berbohong kepadaku. Tetapi tidak dengan Rahmat, dia mahu berkata perkara yang sebenar walaupun pahit.”
Ini hanya sebuah cerita sahaja dan tidak mungkin akan ada CEO yang akan melantik penggantinya dengan biji benih tetapi di sebalik cerita ini menyatakan betapa pentingnya bercakap BENAR. Ramai antara kita yang memberi laporan palsu kepada pihak atasan supaya tidak kena marah malah akan dipuji dan dinaikkan pangkat.
Ingatlah, mungkin tidak mendapat balasan di dunia tetapi jika kita jujur, insyallah kita akan mendapat balasan di Akhirat nanti.
Tabur benih KEJUJURAN, menuai KEPERCAYAAN
Tabur benih KETEKUNAN, menuai KEMENANGAN
Tabur benih KERJA KERAS, menuai KEJAYAAN
Jangan TAKUT mengaku walaupun PAHIT JIKA itulah PERKARA BENAR
 
Kredit untuk Che Raidah Ayu

Thursday, September 22, 2011

Kucing Montel + Gendut mcm Garfield....

Aku dpt snap pic ni selepas di berjaya ditangkap... dia ni pemalu kucingnyer....


Klu aku bela kucing nih lerrrr gerenti aku x dpt beza between bantal peluk dgn kucing... beratnye mengalahkan baby 2 thn... pergh!!!!

Tuesday, September 20, 2011

Kepada semua ku pohon maaf....

Assalammualaikum kepada semua viewers n my followers.... lama sudah aku meninggalkan blog ni.... maaf... maaf maaf.... sepanjang peninggalan ini adalah sebab aku pergi merantau plus aku ada hal peribadi.... plus aku telah menghabiskan 10 muvie plus series.... asal nye aku mati kutu dan ketandusan idea di padang tandus....

Aku tau ramai malas bace plus aku yg malas bace jugak... selepas dr penulisan yg agak panjang ni aku nk kepilkan beberapa blog memori bln puase, memori hari raya dan kisah perantauan aku.... tp anda sedia maklum.. aku x suke syok sendiri cite pasal aku... tp more pade fact yg anda perlu tau.....

PS: entry ni aku malas bubuh pic

Thursday, August 11, 2011

Reunion Spider2 ku....

Walaupun aku agak spider tp tidaklah bagi rakan2 ku... dan walapun aku agak spider... tp tidaklah bersawang bilikku... aku suke reunion dan sebab itu lah aku x perasan samada kwn ku kurus atau semakin gemuk... kalau boleh tiap-tiap minggu aku nk wat reunion... oleh sbb aku nk kwn2 aku berjimat macam aku tulis entry yang lepas aku telah syorkan semua spider berbuka di rumah persinggahan aku... hihihi

Maaf gambar sedikit kabur sebab aku tergelak smbil mengambilgambar... kwn2... lps raya jom chiken Hurt!!! lps tuh kite men bowling... lps tu kite karoke mcm dulu2...

Tuesday, August 9, 2011

Lawak untuk org susah hati....

 KENAPA??? SEBAB AKU SUSAH HATI SGT2... JADI AKU KENE CARI PENGHIBUR....

Rizal Dan Peguam (Isu Kahwin)

Rizal ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rizal dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?

Rizal : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.


Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.


Hadiah Cincin Berlian

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."


Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


Umur Tinggal Enam Minggu

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."


thanx to kak raidah ayu...

Monday, August 1, 2011

Kisah penderaan yang mengerikan....

Di bulan Ramadhan...

Didalam perut manusia terdapat 3 rakan karib yang selalu berkerjasama dalam melakukan kerja harian , mereka ialah Enzim, Asid, dan Bakteria. Manakala didalam paru-paru pula, Alveoli merupakan komuniti terbesar yang bertugas membuang karbon dioksida dan membekal oksijen. Mari kita belajar sesuatu dari kisah kehidupan mereka sepanjang bulan Ramadhan.

 Hari itu, kira-kira jam 5 pagi, si Asid tiba-tiba tersedar dari tidurnya apabila melihat sesuatu turun laju dari atas. Dia terkejut melihat nasi bercampur ayam goreng yang tiba-tiba masuk kebiliknya sebelum waktu subuh . Apabila ada makanan, maka bermakna mereka diarahkan berkerja oleh tuannya yang bernama manusia.
 Lalu si Asid menjerit mengejutkan dua rakan karibnya. “ Oiii Enzim, Bakteria…..bangun, bangun!. Enzim dan Bakteria terpinga-pinga. “ Apahal ni Asid, pukul berapa ni?, tanya Enzim pada Asid. “ Pukul 5 pagi, tuan kita ni tiba-tiba je hari ni suruh kita berkerja”, jawab si Asid bersungguh-sungguh.

 “ Alamakkk, apahal pulak tuan kita ni, selalunya shift keja kita mula kita 8 pagi, hari ni pulak kerja awal, mimpi apa bos kita malam tadi, leceh betullah”,Bakteria menyampuk dan mengeluh.
 Dalam keadaan terpaksa mereka bertiga melakukan tugasan masing-masing. Bertugas dalam keadaan tergesa-gesa dan jarang dilakukan pada waktu begini. Enzim dan Asid masih merungut-rungut.

Menjelang jam 2 petang, mereka semakin hairan apabila tuannya tidak menyuruhnya berkerja. “ Eh, kenapa tak ada makanan masuk ye, tadi jam 10 pagi tak ada jugak, tuan kita ni tak ada duit ke?, keluh si Asid.
 Tiga jam kemudian, si Asid mengeluh lagi, “ Wah, lama betul kita rehat hari ni, air kosong pun tak masuk, jom kita relak dan menyanyi! Mereka bertiga pun menyanyi dan menari. Masing-masing mengutuk antara satu sama lain kerana suara sumbang mereka. Lagu yang tiada irama dan tiada melodi. Kriookk, kreekk, krukkk. Kata si Enzim, “ Kita mana tau lagu lain, dari kecik lagu ni je yang kita tahu!

 Jam sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Tiba-tiba Asid menjerit kuat. “ Tolongggg, tolongggg….. “ Apahal kau ni Asid!, sergah Enzim.
 “ Kau tak nampak ke tu, bermacam-macam makanan dan air masuk dalam bilik kita ni. Tadi kita seronok tak ada kerja. Kalau banyak macam ni, 6 jam pun tak abis kita kerja malam ni, bos kita dah tidur tapi kita masih berkerja”, kata Si Asid dengan muka berkerut. Bakteria kaget dan terdiam.
 “ Ya lah, ada macam-macam makanan ni, selalunya nasi je, tapi ni ada Kmbing Golek, Rojak, Murtabak. Eh, Cendol pun ada”, keluh si Enzim.
“ Betullah, air pun ada dua tiga warna ni, mandi lencunlah kita. Bahaya ooo, ini air pewarna. Malam ni kita kena overtimelah”, sampuk Bakteria. Dia terus merungut dan mengomel, dia terus bersyarah, “ Tapi tak pa, bos kita paksa kita kerja lebih masa, nanti aku pulas usus dia, aku keluarkan gas, nanti kita tenguklah, bos kita akan lama mencangkung dalam tandas, lembiklah dia lepas tu, silap-silap waktu maghrib pun abis

Esoknya, kira-kira pada waktu yang sama, Si Asid menjerit lagi, “ Bangun-bangun! Kita kerja awal lagi hari ini”. Bakteria tersedar dan berkata,” Ooooo…kau orang lupa ke, semalam kita kerja awal, hari ni pun kerja awal, maknanya dah masuk bulan puasalah, bulan Ramadhan”. Asid dan Enzim angguk tanda setuju.

Adakah anda akan menzalimi mereka sama seperti cerita di atas berbuka ini???

SELAMAT BERPUASA DARI SAYA MDM BIAR BETUL!!!

Wednesday, July 27, 2011

How to make Cold to be COOL?


Terbaek punyer tajuk.... English mali.... hahaha lame aku dh x update blog coz bz....  sebulan juga aku x buka fb aku dan semua tanaman aku dlm game sudah dicuri org dan busuk dan x lupe juga kucing aku dh berlalat. Sebenarnya aku x nk cite pasal diri aku... tp aku nk cite pasal mcm mane nk change the cold to be COOL!!!
Adakah anda berasa diri anda terlalu bosan??? Kalau ye... dari segi ape??? Biar den bagi contoh:

COLD
TO BE

COOL

Sosial

Anda jadi seorang yg membosankan jika anda kurang mahir memulakan perbualan. Apabila anda bertemu seseorang yg x dikenali... ketika
Stesyen bas
Anda: Erm... nak balik mane yer?
Stranger: Balik Kuantan.....
Anda: Owh Kuantan.... saya nak balik Terengganu.... Hari ni nampak sibuk di sini...
(Sila lihat reaksi muka stranger tersebut... jika body language seperti x berminat nk berckp dengan anda... sila stop tetapi jika dia suka berbual dgn anda... sila rangka ayat anda dgn baik)

Pakaian

Kalau anda gemar memakai baju kurung, kadang2 tu tukar la pakai skirt labuh ala-ala exsekutip.... kalau lelaki... jgn la pakai skirt... kalau pegi ofis try change ur tie ikut mood anda... contoh nyer kalau sesekali kalau ceria tukar la tie tu kaler ceria sikit contohnyer orange ke... pink cerah ke.... jgn la kelabu asap n coklat gelap jer....
Tudung, jgn pakai ala-ala ariani jer... try jadi Yuna or sometime ala-ala farah brit-brit... baru org will get attention sikit... and if free hair pulak jgn dok belah tengah or tepi jer... sometime try pacak ke... botak chin ke.......
Kesimpulan:
Kadang2 diri kite mampu mengubah mood seseorang lebih ceria.... bukan sahaje anda nmpak cool, tapi u will be change the others person to be cool jugak terhadap anda... m i rite???

Thursday, July 14, 2011

Tidak semestinya anak mithali boleh jadi suami mithali...

Biar betul???? mmg betul anak mithali x semestinya boleh jadi suami mithali... sbb aku selalu dgr org tua2 cakap:
"Mak tgk... anak pak cik leman tu baik... jerrr jg mak bapa dia... mesti boleh jaga kau jugaaaaa!"
Tidak... cuba korang pikir kalau kau suka bela kucing.... kau suka bela hamster juga ker?

Mmg dia pandai jaga mak bapak dia... tp kadang2 yer kwn-kwn... kadang2 dia x pandai menjaga anda.... kite x boleh sama kan mak bapak dia dgn diri kite.... x semestinya semua... tp sebelum korang terjah jer... korang cuba kenal hati budi dulu....

Macam duda yg ada anak... kadang2 dia cari isteri sbb suruh jaga anak dia.... tp tak semua kawan2... so kite should be kenal2 dulu2. Mmg dalam agam kite x galakkan kite keluar dating semua... tp bw lah muhrim.... mcm akak aku ajak aku dating... hehhehehe.... Zaman sekarang x boleh di samakan dgn zaman dulu.... mcm murid2 sekarang x leh dipukul mcm murid2 zmn dulu oleh cikgu.... (dasyat perumpamaan aku nih)

Wednesday, July 13, 2011

Bersediakah anda untuk berpuasa?

Kawan-kawan... dh nk dekat bln Ramadhan.... dah sedia ke belum???? Apa persediaan yg korang kene buat???
1. Puasa dah abis ganti?
2. Semangat
3. Disiplin
4. Ketahanan minda dan fizikal
5. Duit

Heee... puasa ni byk cabaran dan dugaan nye... korang perasan x? yg bila bulan Ramadhan je cuaca panas... je... tambah2 lagi bazar Ramadhan yg byk. Pergh!!! dugaan beb! thats y aku list kan semangat dan ketahanan minda dan fizikal.
Untuk disiplin pulak.... anda harus juga mkn dgn teratur... jgn main taram jer.... sahur kurma, buka mkn murtabak, nasi beriyani, chiken chop, ikan masak lemak, ayam tandoori dan mcm2 lg... x meletup ke perut tu?
Cerita pasal bulan Ramadhan aku tau mesti popular dgn buffet.... simpan duit tu sikit.... jgn berbuffet smpai rm 99++.... tp x salah korang kaya.... cume kesian kat nafsu yg org x bape nak ade mcm aku nih... heheheehe...

Diet waktu puasa
Sahur minum air suam makan -makanan yg tahan lame mcm quaker oat, nestum atau roti
Buka makan kurma, nasi berlauk dan elakkan minum air sejuk.... krem perut nnti

Tuesday, July 12, 2011

Penunggang motorsikal tak BERSALAH!!!

Kenapa asal ranking kemalangan kenderaan jer... mesti motorsikal yang tinggi... kenapa??? kerana pemandu yang macam nih!
pemandu lori ini menyangkutkan barang di lorinya dan membawa lori dgn laju (ya! kamu lupa yg ada brg yg kamu sangkut di belakang) tapi kamu lupe yg ada penunggang motorsikal di belakang. Kalau kereta ok lagi kot... tp bayangkan barang tersebut tercicir dan terkena penunggang motorsikal.
Lori ini memberhentikan lorinya tanpa signal kerana perasan spiderman ade di belakang tgh merakam saat2 manis ini. mane nk nampak signal??? dh sesumpah tu tutup signal kau.
Sebelum ni aku ade dgr cite gak dr kwn aku yg abg dia meninggal sbb x perasan jalan raya berlubang waktu malam.... meninggal di tempat kejadian.
Aku bukan nk emo2 dlm entry ni juz nk ckp penunggang motorsikal xcident bukan merempit... tp salah persekitaran juga.
"huh ni meninggal sbb merempit la nih!" Jangan ade ayat ini lagi.

Monday, July 11, 2011

1ST IMPRESSION AKU SALAH!

nape pasal impression jer nih??? sbb org kate kalau interbiu kan... org tgk penampilan dh tau... kau ni pesyen perangai mcm mane... hey!!!! don't judge the book by its cover ok....
pasal perhimpunan bersih tu mmg telah menarik tumpuan ramai:
1. sebab perhimpunan tersebut x membuang sampah merata-rata
2. ada semangat perjuangan
3. x berlaku kekecohan mcm kat libya n thailand

mmg cool.... kesimpulannya... x berlaku apa yg di gembar-gemburkan dan menakutkan.... tp cume ade pelancong2 asing takut coz.. mereka fikir akan jadi mcm negara luar ada pertumpahan darah.... ini dinamakan negara demokrasi yg cool!!! Aku pergi pagi isnin nih... rase x de berlaku pun ari sabtu... rasa mcm sedia kala....

RAKYAT MALAYSIA IS THE BEST!!!

Friday, July 8, 2011

Kenapa perhimpunan Bersih punya pasal... kita x boleh keluar jalan?

Aku dah lama x post kat entry blog... sbb bz dan malas+++... tp bukan aku nak cerita aku seorang yang pemalas... aku nak cerita ketidakpuasan hati kawan2 aku.... kenapa semua jln utama di tutup Sabtu nih??? as pengguna kenderaan awam seperti tren n aku berhenti kat KLCC nih mcm mane???? mensusah kan betullll...
Banyak amaran telah diberi dan lagi banyak flyers perhimpuanan bersih aku dpt....
Nak marah pun tak guna.... so sape2 yg bakal mati kutu di rumah... anda yg terbaca entry ni sila pk kan... apa yg anda akan lakukan Sabtu ini???? 

A) pergi perhimpunan bersih
B) pergi tido
C) bersihkan bilik anada yg dah setahun x dibersihkan
D) bersihkan minda dan hati di surau berdekatan????

Aku merancang nk buat bodo di depan tv sambil mengikuti perkembangan dunia semasa..... hehehehee.... aku x minat nk bersesak2 nih... tu lah aku sampai skunk x penah pergi konsert gig..... yg berhimpit bau tiak.... yeark!!!!!

Di sini aku berharap perhimpunan tersebut x berlarutan sampai hari Isnin ni... sbb aku x de kenderaan lain nk gi keje selain dr tren dan K.A.K.I

Gile korang nk aku jln kaki sampai KLCC????!!! korang x gile... sbb salah aku... kenapa sampai sekarang aku x memiliki lesen memandu.

Friday, June 24, 2011

Kenapa saya tak boleh tengok orang lebih dari saya?

Saya bukan menunjukkan diri aku. Tapi saya kepada org yg seperti dinyatakan di atas. Anda pernah tak terjumpa org mcm ni? or anda lah org nyer....
Sanggup kecilkan hati kawan mcm tisu tandas
Bagi pendapat aku, org mcm ni telah di rekrut oleh parent dr kecil... kadang2 ibu bapa x kan tersedar cara didikan yg salah. Sebagai contoh:

lakonan 1
Anak: ayah, ani dpt markah 95% dlm math!!!!
Bapa: 95%? kenapa ani x dpt 100% mcm anak pak leman?

lakonan 2
Mak: Shila, tgk akak kamu tu... dh 10 kali khatam al-quran tp kamu tergagap-gagap!
Anak: Baik mak....

lakonan 3
Bapa: Bapa nk kau macam anak pak leman... pergi blajar sekarang!!!

SEMUA ITU SALAH!!!!! SALAH!!!! ANDA TELAH MENDIDIK ANAK ANDA KE ARAH KEBURUKAN IAITU PERSAINGAN TAK BAIK SEBAB TAKUT DGN MAK BAPA.

Apa yg persaingan tak baik tu?
Mereka bukan je bersaing utk pelajaran kerana perangai ini akan dibawa sampai besar.
CTH: Jiran beli sofa baru dia pun nak.
         Kawan beli gelang baru dia pun nak
         Sedara beli kereta baru dia pun nak
Nak tak salah tapi lama2 org akan perasan yg dia tak boleh tgk org lain lebih.

Lakonan 1:
Kawan: Aku baru beli kereta sorong semalam... 1.6 cc beb
Dia: ooooo org kaya bley laaaa aku x mampu.....

Esok
Kawan: Kau bli kete sorong ke??
Dia: A'a..... 2.6 cc..... smlm ade duit tercampak dr langit....

Errr.... ye ke????

Lakonan 2:
Dia: Wahhhhh.... Langsir baru ke???
Kawan: A'a..... smlm aku tergerak nk bli.
Dia: Amboi!!!! slaloo tuka... smpai x de tingkap kau nk gantung... kaye nyer kau.... ye la... aku x mampu mcm kau org kaye....

Esok
Kawan: Hey, langsir baru..... same corak dgn aku...
Dia: a'a. tp ni mahal sket.... smalam aku jumpe duit dlm kasut laki aku...

Errr ye ke????

RENUNG2 KAN LA.....

Wednesday, June 15, 2011

Jom ke Lorong Chencaru!

Hai! nama saya Mdm Biar Betul... saya tinggal di Lorong Chencaru... tosah korunk Google... x kan jumpe... sbb ni tempat SECRET....shhhhhhh!!!!!
Yang tuh jiran saya semua suke tido.... Tapi saya suka jd pemangsa dan menggoreng mereka..HAHAHAHAHA!!!!
Ni kediaman saya... biar betul korunk x caye... HAHAHAHA juga lagik.... terbaek x????
THE END!!!!

Thursday, June 9, 2011

Gunalah kondom untuk keamanan anda!

NO COMMENT juz watch it!!!!




Bila kawan mengamuk... apa anda akan buat?

ARRRGGHHHH!!!!! APE PANDANG2???? ARGHH!!!! AKU NAK MAKAN KAU...! HAHAHA!


Cop2! nih x mungkin berlaku... coz ni org bangang tgh mengamuk... hehehe....
anda  baru kene penampar bile nk meleraikan pergaduhan???
anda kene maki bile cube nk cool down kan kwn???
anda kene swing Michael bubler ketika bru nk nyanyi "senyum jgn kate ape2"

Sebelum anda nk berbuat baik dgn kwn yg tgh mengamuk... anda kene pandai matematik....kenapa aku ckp mcm tu? sbb org yg tgh marah ada tahap suhunyer...
1st- tgk kemerahan mukenye... dimana anda dpt agak suhu badannyer
2st- anda bg dia selama 10 minit bertenang selepas mengamuk. 1 minit ade 60 saat paham!
3rd- anda buat x tau jer... mase dia membebel. kalau di tanya "kau paham ke tidak aku ckp nih?!" anda angguk paham dan jgn ckp... tp angguk sambil buat muke sedey

lepas dia dh cool down korang cube senyum sikit kat dia sambil ckp.... "kau ok ke? mesti ko ade masalah ni... relax tau" or kate2 yg menenangkan.... aku gerenti dia akan cerita dr A sampai huruf jawi "ya" heee GOOD LUCK!

Tuesday, May 31, 2011

Nak jadi Photographer???!!! Cer cube Cer cube

Sempena Promosi Kerja Kahwin @ Kompleks Kraf Jln Conlay.... Anjuran Kraftangan Malaysia. Ingat tau Kraftangan Malaysia tau bukan Karang Kraf tau... Kraftangan Malaysia... ramai org terkeliru... aku x pehe tul.... Sapi nyer susu Lembu dpt name... Kraftangan nyer susu, Karang Kraf dpt name....

Tapi aku x mo citer pasal susu... sbb aku nk citer pasal pertandingan yg telah diadakan di Kompleks kraf. Aku ade masuk pertandingan... Aku masuk bkn sbb kwn2 nyer support. Thanx to kwn2 yg menyupport aku. Di bwh adlh antara pic2 yg aku dh tangkap:











Dan di bw adlh kwn2 yg sudi membantu den... thanx kengkwn... jasa mu di kenang. If menang competition nih... den belanjo yo....

Kak fara yg COOL sbg peneman dan pemberi semangat

zaim sebagai crew

Faizullah sbg tuan punyer kamera


tu aku tgh discuss pose dgn pengantin

Aku bkn nk cite pasal competition ni sgt... juz aku nk ckp yg klu kwn2 korunk nk cameramen yg harga ley bajet2 aku ade kenal... klu korunk nk aku tangkapkan pun ley... tp aku x de kamera... heeeee....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...