KliK KliK!

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Nak Cantik Sambil Buat Duit

Aku tak lame lagi akan menganggur... serius aku akan jadi penganggur dan menyanyi lagu Sudirman !_!

Tapi ape aku pedulik... x mati pun jadi penganggur cume sesak jer... huhuhu aku jadi penganggur bukan sebab aku x bagus cume aku pekerja kontrak jer... koje dh settle aku pun JALAN..... korang ingat indon je ke yg keje kontrak? aku pun kontrak ler.....

So oleh sbb aku nk jage anak aku sambil keje aku try cari keje yg boleh wat aku ley jaga anak, dapat income n.... cantik! wink wink... Aku keje kat opis x ley cantek sbb stress... keje stress mane ley cantek beb.... heeee...

Aku ade google2 kat pak cik google... then jumpe website nih! Harmony produk milik Zamzarina. Cer anda register then paste at ur blog n u will get commision if ade org beli produk di link blog anda... got it?


Macam2 juga produk menarik dan berpatutan harganyer... org kate wanita nih kene jaga kecantikan nak2 dh berkahwin mcm aku ni... saya tak kate anda x cantik... cantik ni terlalu subjektif. Ade cantik tang mate... cantik tak tangan dan cantik tang perangai... tp kite pun perlu merasa cantik tak permukaan luar dlm erti kate wajah dan kewanitaan... x salah jika nk mencuba kan?

Kat sini aku pun nak share spa yang bagi kupon free for first trial.

Alamatnye pun ade kat bwh kupon tu n jgn lupe call for reservation dulu tau.... Nak lebih detail dia betul2 deret Bank Rakyat. Harga Spa di pun sgt berpatutan sesuai untuk penganggur mcm aku ni ha... heeee... ok lah aku nk google2 keje on9 lagi. Semoga Cantik untuk pembaca blog aku....

Tuesday, September 20, 2011

Perubatan Elektrostatik tu ape????

Oleh sebab aku bkn org otak sains... jadi aku xplain teori ala2 org bru tahu la yek... rawatan ni akan mengenakan cas elektrostatik terhadap tubuh badan kita dimana cas2 ion negatif akan masuk ke dalam tubuh. tubuh manusia harus seimbang cas ion nye if cas positif byk dlm badan... tu yg badan jadi lemah dan mcm2 penyakit ade... mane nk dpt cas ion negatif??? ia terhasil melalui benda natural dari air terjun, kilat ombak serta alam semula jadi..... sekarang cas mcm ni dh kurang sbb bumi semakin tercemar so.... ahli saintis jepun sudah mennciptakan mesin cas ni....

Mane aku ley tercerdik nk cite semua ni??? sbb kat masjid tanah, melaka ada tempat perubatan free untuk try kerusi cas elektrostatik nih... pergh!!! mmg segar bugar rasenyer... badan nih.... sambil duduk ade org dari pihak jinho bagi penjelasan... fakta yg paling i like is... duduk 30 minit atas kerusi ni mcm berjam-jam anda berlari or jogging.







Wednesday, August 10, 2011

Benda yang memburukkan senyuman anda!

Hallu... anda sihat??? gigi??? saya suke senyum tp ramai yg x suke senyum dgn saya.... saya suka minum dan makan benda yang berkhasiat mcm ni....
Soft Drink
Sport Drink
Sour Candy
VInegar

Energy Drink

Mak saya ckp.... benda ni semua byk asid.... tu gigi saya macam nih... jadi anda nak senyum dengan saya???

Thursday, June 9, 2011

Dah lama hidup??? duduk ler.....

Hai... tgh wat pe tu??? tgh duduk bace2 blog aku ea??? cer bace cer bace....

Adakah anda masih lagi tgh duduk???

Wednesday, May 18, 2011

Tarian terbaiiiiiKkkkk!!!! untuk KURUS!

Malas nk jogging? x de mase nk bersukan? tp nk kurus... biar betul beb!!! tp selepas aku bertapa di gua Musang 3 jam 3 minit 3 saat... aku dpt jumpe the solve of ur prob... ikut tarian ni 1 kali 1 hari sebelum mkn.... ok...
Klu tgk video aerobik byk2 mcm taik bosan... 5,6,7,8... 8 lg. 1,2.... shit!!!! Aku sgt suke tarian nih! sgt cool!

Tuesday, April 19, 2011

WTF!!! Hadkan penjualan nasi lemak di sekolah???



WTF! WTF! bru2 ni aku tgk berita tv3 dan aku tgk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata2 dgn penuh kebimbangan dgn kadar org gemuk kat Malaysia nih... so dia nk terapkan nilai2 berjaga2 dr budak sekolah lg... dgn cara:

1. No air berkabonat
2. No keropok or snek2
3. Had kan penjualan nasi lemak
4. Ukur BMI student di sekolah





Ok, no 1 aku accept coz mmg minuman bergas MENGGEMUKKAN! no2 ermm ok juga no 3! aku rase nasi lemak skunk ok kot... coz kurang santan dh... kadang2 aku bli nasi lemak mcm mkn nasi putih je kot... aku rase roti canai, mi goreng tu yg patut ko pk beb!!! nasi lemak ok wat... ada timun, ade sambal ada kacang ada ikan bilis... suh la mak cik kantin lebeykan timun. dlm nasi lemak ade protin ada kalsium sihat gitu.

no 4 lg mengong... bkn ke sejak azali lg ke mmg cikgu ukur bmi kite.... aku ingat lg mase aku darjah 3 cikgu aku timbang berat aku. berat aku 32 kg... kurus hahaha!!!

Antara sbb anak obes mase kecil:

1. bayi diberi minum susu yang byk formula. kerana susu formula kebanyakkan manis dan menyebabkan kanak2 membesar terover2 dan berat yg luar biasa. sila rujuk kandungan gula anak anda di www.semakgula.com.my

2. ibu bapa menjadi pak turut... apa yg anak nk men bagi jer. jika anda menemui jalan buntu sila google akibat2 mkn merepek dan klik image biar dia tgk dan takut sendiri. insyaallah...

3. amalkan buat bekal untuk anak anda sbb aku pasti korang punye makanan lg sedap dr mak cik kantin nyer makanan. sbb makanan anda pasti berkhasiat.

4. pagi sabtu n ahad ajak lah anak anda bersukan bersama... kan best... dia sihat dan hubungan kekeluargaan pun baekkkk.

Tuesday, April 12, 2011

Kenapa perlu minum air??



Anda sedang berdiet??? mcm2 la... korunk try nk kurus... jogging la, gi gym, ikat perut la... tp korunk telah luper 1 benda... AIR!

AIR ni kite selalu abaikan mcm korunk abaikan oxygen la lebey kurang... Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh/keringat yang sempurna.

sebagai cth korunk dh mkn dlm 20 minit yg lps tp stilllapo lg ka??? then anda mkn lg... mkn lg... tau x korunk klu perut anda bley ckp.. dia mesti ckp " AKU NK AIR LA!!! BKN MAKANAN!!!" hehehehe cer try minum air masak bile rase lapar... insyaallah... konyang ler lps ni yer...

Klu nk antioxidant kan badan, dlm air msk bubuh la lemon sekeping n amalkan seminggu... insyaallah....

Lg satu yg sgt penting ialah 1 ari minum 2 liter air... klu 1 liter pun x jln, menandakan anda mkn berlebihan pd hari tersebut....

Tanda-tanda apabila korunk kurang minum air:

1. bibir kering
2. kulit anda kering dan kelihatan bersisik
3. tekak perit
4. kepala pening lalat

kalau ada tanda-tanda ini cpt la baham air yer... selamat minum air!!!

Monday, April 11, 2011

Pikir byk kali sebelum sign!!!



Dlu2 aku tgk citer melayu citer pasai laki minta sign surat.... bini tanye ni surat ape???(bini bute urup) laki jwb ni surat tukar tgn tanah dr name abg pada ayang... tp rupenyer surat nk kawen lagi satu... heeee

Tp skunk len plak... anak perempuan bg surat nk sign kebenaran enjet HPV... anda pun sign... dgn harapan anaknyer sihat smpai tua... anda tau HPV tu ape???
Human Papilloma Virus atau senang kanser serviks....

Tau x mcm mane dia ley serang????

-Hubungan seks pada usia muda
-Merokok
-Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs
-Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.
-Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh di kategorikan sebagai golongan yang berisiko

OK dh pehe???
so adakah anak anda tergolong dlm melakukan perkara2 sewel di atas??? Kalau YA... maka sign ye... Aku malasssss nk tulis byk2 sbb aku tau mekeme2 sume pun sedia maklum yg aku ni suke kan blog tp malas nk membaca dan menaip so aku xplain sket je yer.... Dlm vaksin HPV ada Cervarix yg telah menyebabkan byk kematian.

dan aku ade cilok 1 artikel dari SABAH FORUM so bace2 yer...

Tarik balik inokulasi HPV kepada pelajar perempuan

CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkongsi keprihatinan Parent Action Group for Education (PAGE) berhubung usaha kerajaan untuk melaksanakan inokulasi 17,000 pelajar perempuan tingkatan 1 di Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menentang Human Papilloma Virus (HPV).

CAP sejak awal lagi membantah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan program vaksinasi untuk kanak-kanak apabila HPV penyebab kanser servik disebarkan hanya melalui hubungan seksual. Pada September 2009, apabila kerajaan mengumumkan niatnya untuk mevaksinasikan kira-kira 300,000 pelajar perempuan yang berusia 13 tahun, kami menyuarakan keprihatinan dan bantahan terhadap cadangan yang tidak munasabah untuk mevaksinkan mereka terhadap Penyakit Jangkitan Seksual (STD) yang biasanya dialami oleh orang dewasa yang melakukan persetubuhan secara rambang.

Kami sekali lagi mengulangi melaksanakan inokulasi terhadap pelajar perempuan dengan vaksin adalah penyelesaian gejala dan terlalu mudah kepada masalah kanser servik dalam kalangan kanak-kanak yang mungkin mendapat kanser servik akibat aktiviti seksual lebih awal dan persetubuhan secara rambang apabila sebenarnya punca utama dan faktor penyumbang bagi penghidap HPV ialah hubungan seksual dengan ramai pasangan; seharusnya diatasi melalui pendidikan dan agama serta nilai-nilai moral. Kenapa nilai dan penyelesaian ini tidak digunakan oleh pihak Kementerian kepada generasi muda kita sebagai langkah pencegahan sebagai ganti melaksanakan vaksinasi yang menjadi kontroversi itu?

CAP bersetuju dengan PAGE bahawa tidak perlu sama sekali bagi kanak-kanak diberikan vaksin HPV. Kami juga menggesa Kerajaan menggunakan peruntukan RM150 juta untuk menerbitkan bahan bacaan dan mendidik orang ramai berhubung bahaya HPV disebabkan oleh hubungan seksual untuk memastikan bahawa anak-anak kita selamat daripada virus dan juga meningkatkan kempen awam bagi PAP Smears dan ujian HPV untuk mengesan tanda-tanda awal kanser servik atau HPV. Ujian HPV untuk mengesan HPV, virus yang boleh menyebabkan perubahan sel ini, satu keadaan yang boleh dirawat manakala ujian PAP Smears untuk melihat perubahan sel awal pada servik yang boleh berkembang menjadi kanser servik.

Kami juga amat prihatin berhubung keselamatan vaksin ini. Seperti yang dipetik oleh PAGE, Bernama baru-baru ini melaporkan bahawa ujian klinikal vaksin ini telah dihentikan oleh pihak berkuasa berikutan kematian enam kanak-kanak. Sehubungan itu, kami juga mengemukakan fakta bahawa New York Post mendedahkan pada 2008 Gardasil (vaksin HPV yang dikeluarkan oleh Merck) di bawah siasatan terhadap kemungkinan dikaitkan dengan lumpuh, serangan jantung dan 18 kematian.

Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengetahui mengenai hubungan antara vaksin dan Autisme pada 2000. Gardasil juga bertanggungjawab terhadap kadar yang tinggi bagi pitam (syncope) dan pembekuan darah (venous thromboebolic events) dalam kalangan penerima. Di Amerika Syarikat, pembekuan darah dinyatakan dalam 56 laporan dan termasuk 19 kes saluran arteri utama paru-paru tersumbat (pulmonary embolism), empat daripadanya membawa kematian.

Pada keseluruhannya, 772 keadaan dijelaskan sebagai serius dan termasuk 32 kematian akibat daripada keadaan itu. Sejumlah kecil kes Guillain-Barre Syndrome (GBS) dilaporkan berikutan vaksinasi dengan Gardasil. Masalah lain yang dikaitkan dengan Gardasil adalah sakit kepala, tindak balas hipersensitiviti, dan ruam (urticaria). Pada Februari 2008, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan satu kelompok Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan di wilayah Valencia melaporkan dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan.

Cervarix, vaksin HPV oleh GlaxoSmithKline dikaitkan dengan kematian. Pada 28 September 2009, seorang gadis berusia 14 tahun di Coventry, England mati sebaik sahaja menerima vaksin Cervarix di sekolahnya sebagai sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan. Amat mengejutkan, malah sebelum vaksin ini diluluskan oleh FDA, pihak berkuasa terkenal di peringkat antarabangsa berhubung penilaian keselamatan ubatan, Cervarix diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) pada 2007.

Begitupun vaksin ini tertakluk kepada ujian klinikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menentukan keselamatan atau keberkesanannya sebelum digunakan terhadap anak-anak kita. Kerajaan kita tidak terhalang oleh ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan dan keadaan yang tragik ini dan terus untuk mempromosikan vaksin yang tidak perlu dan amat berbahaya untuk anak-anak kita yang tidak menyangkanya.

Dengan anggaran 300,000 pelajar perempuan di negara ini dijadikan sasaran untuk vaksinasi oleh kerajaan, kini tiba masanya ibu bapa menyedari risiko yang dikaitkan dengan vaksin ini oleh kerajaan. Sepertimana yang dinyatakan oleh PAGE, pelaksanaan vaksin ini berisiko tinggi kepada anak-anak kita dan tiada manfaat ekonomi kepada negara kita, melainkan kepada pembekal farmaseutikal.

Bahaya kesihatan daripada vaksin telah menghasilkan lebih banyak kemusnahan dan tidak boleh kembali seperti sediakala berbanding bilangan diagnosis kanser servik sebenar. Memandangkan kepada bahaya yang jelas pada masa kini yang dikaitkan dengan vaksin HPV, CAP menggesa ibu bapa pelajar perempuan yang bersekolah melaksanakan hak untuk membuat keputusan mereka sebagai ibu bapa dalam menolak vaksinasi untuk anak-anak mereka dan sebagai ganti menerapkan nilai agama dan moral serta mendidik mereka berhubung bahaya aktiviti seksual pada peringkat awal sebagai hanya satu-satunya cara untuk mengelakkan daripada dijangkiti dengan virus seperti HPV.

Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan menarik balik dengan segera pelaksanaan seterusnya program yang begitu kejam ini dan kerajaan membatalkan sokongan terhadap skim yang tidak wajar dan berpotensi mengancam nyawa ini dengan segera.

Kami tidak bersedia untuk melihat anak-anak kita mati dengan sia-sia akibat ketamakan korporat dan sikap berat sebelah kerajaan.

SM Mohamed Idris,

Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Friday, April 8, 2011

Siot! mkn telus palsu????!!!

Semalam aku tgk berita n agak terperanjat OPOCOT!!! setelah mengetahui telur made in china sudah menyerang Pulau Pinang!!! kesian ayam telur.... aku ni penggemar ayam telur sbb liat2 gitu.... nih aku nk tunjuk pic2 cara membuat telur ayam.... nih bhn2nyer kalsium karbonat, pati, damar, gelatin, tawas dan produk yg aku x paham.



kalau telur palsu dia nyer kulit sgt karas dr yg ori punyerrrr


yang right tu yg palsu... klu telur betul atas dgn bwh kan lain bentuknyer....



Pelik x telur kuning dia???


Persoalannyer skunk.... sihat ke mkn telur ni??? kite tggu je jawapannye dr jabatan kesihatan yerrr...

Tuesday, March 22, 2011

Biar betul- Dunia dh jadi ais krim cair???



Dunia jadi ais krim??? mane x jd cair... dgn pembakaran la, nuklear la, bom sana sini la dan pling terdekat ialah CAHAYA lampu, api n anything... Sempena earth hour ni aku nk tanye ape yg mekeme mekeme pehe ttg earth hour ni???

Aku tahu tutup lampu selama 1 jam dan lps tu aku x buka2 dh smpai sok sbb ZzZzZzZz hehehe... kat bwh ni aku sertakan video sempena sambutan earth hour di seluruh dunia... tp mcm x kene jer... PEMBAZIRAN juga berlaku mcm x de effect coz b4 earth hour dia org menyalakan api byk2 mcm stock utk 1 jam lampu yg dipadamkan... same jer... mungkin manusia yg bijaksana sini pk kan alternative len utk selamatkan dunia yg kian mencair mcm ais krim calong nih...



wat eva pun 26 March 2011 Sabtu kul 8.30 mlm padamkan lampu anda, rokok anda, dapur anda, tv anda, unggun anda, dan segala benda yg memanaskan okey???

Sunday, March 20, 2011

Biar betul- Gempal vs Anaroksia!!!

Gempal



VS



Anaroksia


Ade org kate anda gemuk??? risau??? sedey???
Anda x patut risau selagi anda jaga pemakanan anda, selagi anda mampu berjalan jauh dgn pantas dan selagi doktor mengesahkan anda jauh dr sakit jantung,kencing manis dan darah tinggi...

Tahukah anda, saya pernah jumpe org kurus yang menghidap darah tinggi... ade jer org kurus kene sakit jantung dan kencing manis... semua ni sebab KOLESTROL TINGGI DALAM DARAH....

so kepada anda yg berisi badannya... (aku pun hee) teruskan jg kesihatan dan mungkin kite dh gen nye mcm nih nk wat mcm mane ye x??? kadang2 mungkin kite nyer rangka besar...

CHUBBY ITU CUTE!!!!



Chubby kan sexy kan cute masih byk kedai2 yg jual bju utk chubby2... so wat pe nk sedey2??? si anaroksia yg jeles tgk chubby kan... so don give up n jg kesihatan.

Tuesday, March 1, 2011

Biar betul- Nak kurus memang senang????

Aku bukan nk kate aku kurus... cume chubby jer. heeee tp ade benda korang tertinggal ketika diet. Tahukah anda yg anda yg tgh berdiet x mkn nasi tu merugikan??? kerana anda org ASIA... Klu aku diet dlu mkn 3 senduk nasi... tp skang aku mkn 1 senduk nasi jer... klu nk avoid nasi, mkn kentang rebus. Bru diet yg sihat kan...

Jgn mkn lps kul 7 mlm... tp klu lapar... mkn buah epal hijau....lps tu mlm2 minum teh hijau campur lemon untuk potong lemak.

Ketika mkn... lebihkan sayur. Yg x suke mkn sayur... hmmm??? lantaklah. Mkn slow2 n berhenti sebelum kenyang.

Senaman??? aku seorang yg malas senaman... so aku amalkan berjalan kaki... contohnyer, elakkan naik lif, eskalator dan selaloo SHOPPING!!!!!!! heee

JGN MINUM AIR SEJUK!!!!!!! cuba 2 ke 3 hari tak minum air sejuk, gerenti rase kelainan... pergh!!! Inilah tips org chubby mcm aku untuk anda yg nk try diet secara sihat... wokey???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...