Bubur Lambuk Kg. Baru
Bahan-Bahan:2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air
bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam
bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng
Cara: 1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan
Okies.... jgn lupa aaaaa...... ni idea aku jer...
2 comments:
SILA ABAIKAN PIC TUPPERWARE BARU DI BELAKANG TU... HARAP MAKLUM!
berapa tahun da tak mkn bubur lambok kg baru.. tupperware tu buat tapau lebih ke..? :)
Post a Comment