KliK KliK!

Friday, August 12, 2011

Lagu TERBAEK!!! tp Video clip mcm Ba alip Ba ya... tenuk!

Cinta mmg indah tp yg ini kurang indah di mata aku sebab lobang telinga nya besar sgt....

Iklan kreatif tahap dewa!

Tgk iklan no.2 ade iras YUSRI KRU bile dia gemuk... heeee

Hari tiada idea aku!!!!!!

Hari ni aku tiada idea.... aku selalu ketandusan idea sbb aku bukan ulat internet.... selalu... as blogger ape yg akan anda lakukan if mati kutu???

Aku paste pic menarik jer....

Aku Tempek pic aku tgh tersenyum tepi sungai lps tu aku tulis "aku di tepi sungai"

Aku x updated ape pun... sampai aku punye idea jatuh atas riba

Nasihat aku as blogger yg x popular ini adalah TOLONG JGN MEREPEK kerana aku as pembaca tahu yg anda tida idea.... dan anda sedia maklum aku tgh merepek juga..... heeeee

Thursday, August 11, 2011

Reunion Spider2 ku....

Walaupun aku agak spider tp tidaklah bagi rakan2 ku... dan walapun aku agak spider... tp tidaklah bersawang bilikku... aku suke reunion dan sebab itu lah aku x perasan samada kwn ku kurus atau semakin gemuk... kalau boleh tiap-tiap minggu aku nk wat reunion... oleh sbb aku nk kwn2 aku berjimat macam aku tulis entry yang lepas aku telah syorkan semua spider berbuka di rumah persinggahan aku... hihihi

Maaf gambar sedikit kabur sebab aku tergelak smbil mengambilgambar... kwn2... lps raya jom chiken Hurt!!! lps tuh kite men bowling... lps tu kite karoke mcm dulu2...

Art of Recycle gaya aku!!!!?????

Yeah! jom mengrecycle benda yg anda sangka mustahil adalah boleh belaka!!! Kalau x boleh jual... ape ler salahnyer anda hasilkan karya agung anda pastu post kat blog mcm aku ni ha... mane la tau ade rezeki dpt jual hasil seni anda tu....
Recycle Bateri

Recycle Bekas Telur

Recycle Botol

Recycle Barang Dapur

Recycle Baju Lama

Recycle Troli Pasaraya

Recycle Papan Skateboard

Dan Akhir Sekali Aku Hasilkan Seni Recycle Plastik JJ

Wednesday, August 10, 2011

Benda yang memburukkan senyuman anda!

Hallu... anda sihat??? gigi??? saya suke senyum tp ramai yg x suke senyum dgn saya.... saya suka minum dan makan benda yang berkhasiat mcm ni....
Soft Drink
Sport Drink
Sour Candy
VInegar

Energy Drink

Mak saya ckp.... benda ni semua byk asid.... tu gigi saya macam nih... jadi anda nak senyum dengan saya???

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2

Latar Belakang Blog
Blog ni di dedikasi kan untuk semua org yg x faham, x mengetahui dan abaikan hal remeh.... blog saya agak psycho macam ala-ala guru displin yang sedang menasihati anak muridnya yg kepeningan...Saya bukannyer Spiderwoman luar biasa yang boleh memanjat dinding saya hanya boleh panjat pokok untuk menjaga keamanan bloggers saya jadi kalau abg ben atau anda di luar sana ada kemusykilan hal2 remeh-temeh... cer bace...

http://www.benashaari.com/2011/08/segmen-kenali-blog-ku-2.html
Oleh kerana saya mmg pembaca setia abg ben... so sy mmg dpt terus dr blog anda... sbb ape saya suke blog abg ben??? sebab dia Best.... hehehehe....

Anda makan sayur @ sampah?

Hey2! aku mkn sayur la... mkn sampah cari penyakit nama nyer...
Kau pasti ker??? ko bli sayur tu selalu kat mane???
Pasti ler... aku bli kat pasar ler kwn....
Kau tau mane penjual sayur tu dpt sayur nyer???
Kat kebun ler.... mane lagi....
Tapi aku dapat tau mereka dpt kat sini......

OHHH!!!! TIDAKK!!!!!!!

Take pic from paper...

Tuesday, August 9, 2011

Lawak untuk org susah hati....

 KENAPA??? SEBAB AKU SUSAH HATI SGT2... JADI AKU KENE CARI PENGHIBUR....

Rizal Dan Peguam (Isu Kahwin)

Rizal ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rizal dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?

Rizal : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.


Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.


Hadiah Cincin Berlian

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."


Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


Umur Tinggal Enam Minggu

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."


thanx to kak raidah ayu...

Monday, August 8, 2011

Kemaruk Baju Pengantin Balloon??!!!!

Salam semua... tgh cari fesyes baju pengantin ke???? x payah pening kepala... den nk share sumthing... cer tgk mane berkenan... janji jgn meletup aaaaa.....





Friday, August 5, 2011

Masalah adalah sahabat...

Nak percaya atau tidak... masalah adalah sahabat... kite kene terima juga... sbb masalah sentiasa dtg bila anda celik mate jer... alaaaa kadang2 kite tgh tido pun ada masalah nk tido... betul x???

I hope kite ken professional menanganinya... jika kite kurang bijak itu ler terjadinye kes bunuh2 n santau-menyantau... pergh!!! kalau kat barat... mereka didik anak mereka selesaikan masalah sendiri... mereka sebagai ibu bapa bertindak sebagai penasihat...

Tapi kat Malaysia nih... aku tgk kalau kat sekolah kene jentik dgn kwn pun mengadu kat bapak... siap dtg sekolah lg... sampai besar....tu yg jadi adik dan abang bunuh kawan sebab adik terasa kene perli kat fb.... isk2... hopefully renung2kan la yer... selamat cuci mate dgn video klip lenka nih!!!!

Undian di Blog Biar Betul Musim-2

 Salam... ari ni saya dh tutup undian yg saya buat di sebelah kanan nih... jadi ini lah jawapan yg saya dpt... so untuk soalan undian baru telah saya update... nak juga buat survey sikit ttg Bazaar Raamadhan & anda....

1. Apakah status harta anda?
25% Byk gile harta
0% Byk gile harta tp bini byk gak
75% Byk berbudi

2. Rumah anda?
0% Rumah Banglo
0% Rumah Pangsa
12% Rumah Flat
50% Rumah Teres
37% Rumah panjang

3. Dalam sehari Belanja berapa ringgit?
25% Rm 100>
0% Rm 50>
50% Rm 10
25% Rm Aku minum air paip

Kalau anda ada Rm 1000, Barang apa akan anda beli?
12% Gelang Emas
12% Jam Guess
75% Beli keperluan asas

Air dan duit mana anda pilih?
50% Air
50% Duit

Menunjukkan rakyat Malaysia ni ade juga yg ssh smpai minum air paip ha.... aku dulu mase form 4 aku penah minum air paip sbb aku haus giler.... mase tu ade orentasi pelajar sekolah teknik... pergh...! mmg KIJAM dan aku x dpt lupakan smpai sekarang....

Saya Mahu Duit Syilling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga. Limited edition, hanya 500,000 unit yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia

One day Small Contest, syarat-syaratnya :

1) Buat satu entry "Saya Mahu Duit Syilling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com"
2) Di entry itu letak gambar di atas dan lengkapkan ayat ini  " Entry kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah ....................... kerana ......................  (tidak lebih dari 30 patah perkataan).
3) Komen di entry http://www.eyriqazz.com permalink entry anda itu.

The best ayat/slogan akan memenangi  Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga. Limited edition. 
 
SLOGAN CONTEST SAYA IALAH:
Entry kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah Breakfast di Sutera Habour Resort kerana gambar makanan yang diambil memang mengugat puasa saya serta jalan penceritaan jelas menyatakan keenakkan setiap makanan yang dinikmati samada enak atau kurang enak.

Komik 3#- Datuk Bandar Y mengamuk!!!!

Thursday, August 4, 2011

Bubur lambuk Masjid Kg. Baru.....

Bila puase nih.... topik aku asyik makan dan makan dan makan lagi... smlm ade budak opis bg aku bubur lambuk... pergh!!! Masjid Kg. Baru mali... pada sape2 yg terlupa nk amik bubur lambuk Masjid Kg. Baru... baik pi amikk... x lengkap rasenyer tanpa bubur lambuk Masjid Kg. Baru ni... heeeeee

 Bubur Lambuk Kg. Baru

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air

bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam

bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng

Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan 


Okies.... jgn lupa aaaaa...... ni idea aku jer...

The BEST mushromm soup EVA!!!!

is from PAPA JOHN!!!! mmg mantap... dgn mushroom yg byk dan rase dia lain dr restorant pizza yg lain... makan semangkuk pun ok utk berbuka... aku ni dh ler gile mkn... mmg termimpi-mimpi la....

mkn sejuk pun sodap... tp panas lagi sodap... creamy2 dan full of mushroom... aku x dpt komisen pun tp aku tulis nih sbb nk suh korang try.... mmg x dpt luper...

Wednesday, August 3, 2011

Hey Lelaki dengar sini!!!!!

Hey lelaki!!! aku ni wanita
Wanita punya hati yg lembut
Yang ingin punya kegembiraan dlm hidup
Yang ingin punya kasih dan sayang

Hey lelaki!!! dengar sini baik-baik
kegembiraan yang kami nak
Wang bukan kegembiraan
jangan salah anggap

Hey lelaki!!! kenapa begini?
Kegembiraan itu satu yang indah
Jangan hancurkannya
kerna hati wanita lembut

Hey lelaki!!! bapa aku juga lelaki
Kenapa bapa ku mampu bahagiakan ibu?
Kenapa bapa mampu bahagiakan kami?
Kenapa tidak lelaki seperti anda?

Gomo Kelate Gomo!!!!!!

Gomo mat salleh Gomo!!!

Lagi2 DNA ba alip ba ya di sosej anda???!!!!

Td aku bace paper.. ade lagi ni ha.... ba alip ba ya kat makanan.... aish.... dekat Bazaar Ramadhan Kangar.... sosej pulut n chiken cake.... sile tgk pic di bawah:

Pic nmpak mcm kat org jual yong tau foo.... hurmmm tp klu org dh mkn x pe kot... coz korang x tau... tp seingat aku, thn lps... aku ade lalu depan bar yg on da way ke KLCC... aku agak terkezut sbb ade gantung banner Buffet Ramadhan... klu org Islam mkn kat situ jugak aku x tau la... dah ler buffet Ramadhan tp ade jual arak... wat the heck????!!! tp thn ni dh x de... mb kene ler tu... peniaga klu nk meniaga cube ler selidik dlu... jgn men jual jer.... ingat... anak kite klu perangai x elok tu dtg dr duit yg salah juga....

Nak jimat.... tapi mcm mane?

Yeah!!! Dh puasa.... lps tu raya pulak... tapi.... duit? Nak bagi duit raye kat anak2 sedara n sepupu, nk beli baju raye lagi... nak beli kuih lagi.... adeh.... mane aku nk cekau yer?
Hurm mmg dugaan beb!!! Klu jadi budak kecik best.... x yah pk semua nih... tp sampai bile beb? So aku nk bagi cadangan sikit... nk tolong n kongsi tips sikit dgn anda... 

1. Elak Bazaar ramadhan (aku bukan nk ckp x yah pegi langsung... tp aku gerenti mesti pling minimum mesti RM5 mesti jalan punyer... tp kalau hari2??? Haaaa so aku cadangkan seminggu sekali  ok la....)

2. Baju raya (biar la sederhana... x payah ikut n nk menunjuk sgt... senang ckp ukur baju di badan sendiri.)

3. kuih raya x payah mahal (aku cadang cube buat sendiri.... ala.... resepi berlambak...boleh punyer... x perlu gempak sgt sbb aku gerenti org yg dtg dh kenyang... nnti buat simpan raye haji je la....)

4. Jgn beli mercun (alamak...aku dh terbeli sudah..... heee tp aku bajet RM55 sbb untuk adik n sepupu) 

5. X payah buffet nih (Buffet Ramadhan RM99 RM78 RM50 x bley blah beb... lg x terima akal kanak2 RM 46 budak2 bukan nyer mkn byk sgt... tp klu duit byk sgt... apekate share dgn org yg x berkemampuan.... anak2 yatim....)

Pic ni mase kwn aku blanje mkn pizza... pergh!!! mase blik kwn aku sorong aku pkai troli pasaraya
      Sepanjang hidup aku... benda2 nih lah menyebab kan aku kesengkekkan bila raye.... so.... hope anda cer kire bajet raye r sekarang... masih dpt di selamatkan...

Giveaway Ogos 2011


Giveaway Tinidewi kembali lagi.

Kali ini, lebih gempak dan cambest sebab:

1. Hadiah disediakan oleh Tenun Kapas.
2. Anda pilih sendiri hadiah anda.
3. Anda sempat beraya dengan hadiah anda!

Jom kita tengok dulu hadiah-hadiahnya:


 Dah nk raye ni.... jom ler join... mane tau nasib tu agak baik... heee peace!

Monday, August 1, 2011

Kisah penderaan yang mengerikan....

Di bulan Ramadhan...

Didalam perut manusia terdapat 3 rakan karib yang selalu berkerjasama dalam melakukan kerja harian , mereka ialah Enzim, Asid, dan Bakteria. Manakala didalam paru-paru pula, Alveoli merupakan komuniti terbesar yang bertugas membuang karbon dioksida dan membekal oksijen. Mari kita belajar sesuatu dari kisah kehidupan mereka sepanjang bulan Ramadhan.

 Hari itu, kira-kira jam 5 pagi, si Asid tiba-tiba tersedar dari tidurnya apabila melihat sesuatu turun laju dari atas. Dia terkejut melihat nasi bercampur ayam goreng yang tiba-tiba masuk kebiliknya sebelum waktu subuh . Apabila ada makanan, maka bermakna mereka diarahkan berkerja oleh tuannya yang bernama manusia.
 Lalu si Asid menjerit mengejutkan dua rakan karibnya. “ Oiii Enzim, Bakteria…..bangun, bangun!. Enzim dan Bakteria terpinga-pinga. “ Apahal ni Asid, pukul berapa ni?, tanya Enzim pada Asid. “ Pukul 5 pagi, tuan kita ni tiba-tiba je hari ni suruh kita berkerja”, jawab si Asid bersungguh-sungguh.

 “ Alamakkk, apahal pulak tuan kita ni, selalunya shift keja kita mula kita 8 pagi, hari ni pulak kerja awal, mimpi apa bos kita malam tadi, leceh betullah”,Bakteria menyampuk dan mengeluh.
 Dalam keadaan terpaksa mereka bertiga melakukan tugasan masing-masing. Bertugas dalam keadaan tergesa-gesa dan jarang dilakukan pada waktu begini. Enzim dan Asid masih merungut-rungut.

Menjelang jam 2 petang, mereka semakin hairan apabila tuannya tidak menyuruhnya berkerja. “ Eh, kenapa tak ada makanan masuk ye, tadi jam 10 pagi tak ada jugak, tuan kita ni tak ada duit ke?, keluh si Asid.
 Tiga jam kemudian, si Asid mengeluh lagi, “ Wah, lama betul kita rehat hari ni, air kosong pun tak masuk, jom kita relak dan menyanyi! Mereka bertiga pun menyanyi dan menari. Masing-masing mengutuk antara satu sama lain kerana suara sumbang mereka. Lagu yang tiada irama dan tiada melodi. Kriookk, kreekk, krukkk. Kata si Enzim, “ Kita mana tau lagu lain, dari kecik lagu ni je yang kita tahu!

 Jam sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Tiba-tiba Asid menjerit kuat. “ Tolongggg, tolongggg….. “ Apahal kau ni Asid!, sergah Enzim.
 “ Kau tak nampak ke tu, bermacam-macam makanan dan air masuk dalam bilik kita ni. Tadi kita seronok tak ada kerja. Kalau banyak macam ni, 6 jam pun tak abis kita kerja malam ni, bos kita dah tidur tapi kita masih berkerja”, kata Si Asid dengan muka berkerut. Bakteria kaget dan terdiam.
 “ Ya lah, ada macam-macam makanan ni, selalunya nasi je, tapi ni ada Kmbing Golek, Rojak, Murtabak. Eh, Cendol pun ada”, keluh si Enzim.
“ Betullah, air pun ada dua tiga warna ni, mandi lencunlah kita. Bahaya ooo, ini air pewarna. Malam ni kita kena overtimelah”, sampuk Bakteria. Dia terus merungut dan mengomel, dia terus bersyarah, “ Tapi tak pa, bos kita paksa kita kerja lebih masa, nanti aku pulas usus dia, aku keluarkan gas, nanti kita tenguklah, bos kita akan lama mencangkung dalam tandas, lembiklah dia lepas tu, silap-silap waktu maghrib pun abis

Esoknya, kira-kira pada waktu yang sama, Si Asid menjerit lagi, “ Bangun-bangun! Kita kerja awal lagi hari ini”. Bakteria tersedar dan berkata,” Ooooo…kau orang lupa ke, semalam kita kerja awal, hari ni pun kerja awal, maknanya dah masuk bulan puasalah, bulan Ramadhan”. Asid dan Enzim angguk tanda setuju.

Adakah anda akan menzalimi mereka sama seperti cerita di atas berbuka ini???

SELAMAT BERPUASA DARI SAYA MDM BIAR BETUL!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...