KliK KliK!

Monday, April 25, 2011

5 Bandar yang hilang tapi terbaekkk!!!!

Aku ade google2 benda2 aneh kat tenet nih... saje nk cuci mate lps tgk berita semlm pasal budak jumpe pokok ade rupe pompuan tuh kan... then aku jumpe lg hebat dr budak jumpe tuh.... x men jumpe kat pokok... hhaaha from laman web Oddee.

1. Machu Picchu (Peru): The Lost City of the Incas




2.ANGKOR (Cambodia): Contains the world's largest religious monument




3. MEMPHIS (Egypt): ancient capital of Egypt




4. PETRA: stone structures carved into rocks




5. POMPEII (Italy): buried by the volcano




Tapi byk2 tempat yg lost aku suke Pompeii Italy nih... sbb tmpat dia gile unik siap ade pamer kan mayat yg telah diselaputi lahar nih... serius tragik... ini kerana akibat aktiviti gunung berapi Vesuvius. Aku ade gak terbaca yang penduduk ni kene hukum oleh tuhan sbb mengamalkan seks berleluasa... mcm tu la lebey kurang... org tua punye pasal... tgk haaa kanak2 pun merengkot jd mangse... isk222 wallahualam....

Friday, April 22, 2011

Mcm mane nk latih anak GO GREEN???



Sempena earth day ni dan blog aku pun ala2 go green aku nk cite sket. penah x korunk tgk cite sin chan??? tiap kali dia bw shiro (anjing sin chan) mesti mak dia suh bw plastik. Kenape??? sbb utk kutip najis shiro after dia poo kat luar. Najis tersebut utk buh kat pokok kat umah... see cite cartoon pun dh ajo anak kite GO GREEN.

Korunk nk anak korunk pun berdisiplin mcm tu??? tiap kali bw anak kuar anda kene bw:

1. Plastik- utk latih dia buang sampah dlm beg bile jln.. if ade tong sampah, gune je tong tersebut.
2. Bw air botol dr umah
3. Ajar guna public transport. Asyik nek kete... bw ler anak nek bas lak... mesti dia seronok tp elak guna bas ptg sgt sbb sesak... hahahah!

Di rumah:

1. Ajar anak tutup suis bile x guna- Mcm aku....mmg pantang tgk lampu bilik klu x gune x tutup... pergh!!!!
2. Ajar anak menanam pokok. Yang simple2 mcm pokok pandan ke.. serai, pokok bunga kertas. Tanam pokok yg ada hasil cpt sbb budak x sabar nk tgk hasil.
3. Kurangkan penggunaan plastik. Aku akui yg plastik dg org Malaysia x dpt nk di pisahkan, so sampah ley la gune plastik smpah tp mase beli belah bw beg kain.
4. Nnnti google2 la dgn anak korunk... ajar nape kite kene go green... sweet gitu...

hurmm... aku bkn ape tp serius... klu korunk didik anank korunk dr kecik mcm nih... inyaallah....



mmg ape yg aku tulis tu agak simple tp if korunk try impak dia 10 m/s heee gempak nye aku tulis... seronok plak tgk pantai yg bersih ni.... subhannallah!!!

Thursday, April 21, 2011

Kesian lps mkn telur......

Mane x kesian... lps mkn bru perasan yg dia mkn tu the shit fake egg.... isk2 jejai jejai jejai....

Tuesday, April 19, 2011

WTF!!! Hadkan penjualan nasi lemak di sekolah???



WTF! WTF! bru2 ni aku tgk berita tv3 dan aku tgk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata2 dgn penuh kebimbangan dgn kadar org gemuk kat Malaysia nih... so dia nk terapkan nilai2 berjaga2 dr budak sekolah lg... dgn cara:

1. No air berkabonat
2. No keropok or snek2
3. Had kan penjualan nasi lemak
4. Ukur BMI student di sekolah





Ok, no 1 aku accept coz mmg minuman bergas MENGGEMUKKAN! no2 ermm ok juga no 3! aku rase nasi lemak skunk ok kot... coz kurang santan dh... kadang2 aku bli nasi lemak mcm mkn nasi putih je kot... aku rase roti canai, mi goreng tu yg patut ko pk beb!!! nasi lemak ok wat... ada timun, ade sambal ada kacang ada ikan bilis... suh la mak cik kantin lebeykan timun. dlm nasi lemak ade protin ada kalsium sihat gitu.

no 4 lg mengong... bkn ke sejak azali lg ke mmg cikgu ukur bmi kite.... aku ingat lg mase aku darjah 3 cikgu aku timbang berat aku. berat aku 32 kg... kurus hahaha!!!

Antara sbb anak obes mase kecil:

1. bayi diberi minum susu yang byk formula. kerana susu formula kebanyakkan manis dan menyebabkan kanak2 membesar terover2 dan berat yg luar biasa. sila rujuk kandungan gula anak anda di www.semakgula.com.my

2. ibu bapa menjadi pak turut... apa yg anak nk men bagi jer. jika anda menemui jalan buntu sila google akibat2 mkn merepek dan klik image biar dia tgk dan takut sendiri. insyaallah...

3. amalkan buat bekal untuk anak anda sbb aku pasti korang punye makanan lg sedap dr mak cik kantin nyer makanan. sbb makanan anda pasti berkhasiat.

4. pagi sabtu n ahad ajak lah anak anda bersukan bersama... kan best... dia sihat dan hubungan kekeluargaan pun baekkkk.

Tuesday, April 12, 2011

Kenapa perlu minum air??



Anda sedang berdiet??? mcm2 la... korunk try nk kurus... jogging la, gi gym, ikat perut la... tp korunk telah luper 1 benda... AIR!

AIR ni kite selalu abaikan mcm korunk abaikan oxygen la lebey kurang... Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh/keringat yang sempurna.

sebagai cth korunk dh mkn dlm 20 minit yg lps tp stilllapo lg ka??? then anda mkn lg... mkn lg... tau x korunk klu perut anda bley ckp.. dia mesti ckp " AKU NK AIR LA!!! BKN MAKANAN!!!" hehehehe cer try minum air masak bile rase lapar... insyaallah... konyang ler lps ni yer...

Klu nk antioxidant kan badan, dlm air msk bubuh la lemon sekeping n amalkan seminggu... insyaallah....

Lg satu yg sgt penting ialah 1 ari minum 2 liter air... klu 1 liter pun x jln, menandakan anda mkn berlebihan pd hari tersebut....

Tanda-tanda apabila korunk kurang minum air:

1. bibir kering
2. kulit anda kering dan kelihatan bersisik
3. tekak perit
4. kepala pening lalat

kalau ada tanda-tanda ini cpt la baham air yer... selamat minum air!!!

Monday, April 11, 2011

Pikir byk kali sebelum sign!!!



Dlu2 aku tgk citer melayu citer pasai laki minta sign surat.... bini tanye ni surat ape???(bini bute urup) laki jwb ni surat tukar tgn tanah dr name abg pada ayang... tp rupenyer surat nk kawen lagi satu... heeee

Tp skunk len plak... anak perempuan bg surat nk sign kebenaran enjet HPV... anda pun sign... dgn harapan anaknyer sihat smpai tua... anda tau HPV tu ape???
Human Papilloma Virus atau senang kanser serviks....

Tau x mcm mane dia ley serang????

-Hubungan seks pada usia muda
-Merokok
-Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs
-Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.
-Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh di kategorikan sebagai golongan yang berisiko

OK dh pehe???
so adakah anak anda tergolong dlm melakukan perkara2 sewel di atas??? Kalau YA... maka sign ye... Aku malasssss nk tulis byk2 sbb aku tau mekeme2 sume pun sedia maklum yg aku ni suke kan blog tp malas nk membaca dan menaip so aku xplain sket je yer.... Dlm vaksin HPV ada Cervarix yg telah menyebabkan byk kematian.

dan aku ade cilok 1 artikel dari SABAH FORUM so bace2 yer...

Tarik balik inokulasi HPV kepada pelajar perempuan

CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkongsi keprihatinan Parent Action Group for Education (PAGE) berhubung usaha kerajaan untuk melaksanakan inokulasi 17,000 pelajar perempuan tingkatan 1 di Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menentang Human Papilloma Virus (HPV).

CAP sejak awal lagi membantah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan program vaksinasi untuk kanak-kanak apabila HPV penyebab kanser servik disebarkan hanya melalui hubungan seksual. Pada September 2009, apabila kerajaan mengumumkan niatnya untuk mevaksinasikan kira-kira 300,000 pelajar perempuan yang berusia 13 tahun, kami menyuarakan keprihatinan dan bantahan terhadap cadangan yang tidak munasabah untuk mevaksinkan mereka terhadap Penyakit Jangkitan Seksual (STD) yang biasanya dialami oleh orang dewasa yang melakukan persetubuhan secara rambang.

Kami sekali lagi mengulangi melaksanakan inokulasi terhadap pelajar perempuan dengan vaksin adalah penyelesaian gejala dan terlalu mudah kepada masalah kanser servik dalam kalangan kanak-kanak yang mungkin mendapat kanser servik akibat aktiviti seksual lebih awal dan persetubuhan secara rambang apabila sebenarnya punca utama dan faktor penyumbang bagi penghidap HPV ialah hubungan seksual dengan ramai pasangan; seharusnya diatasi melalui pendidikan dan agama serta nilai-nilai moral. Kenapa nilai dan penyelesaian ini tidak digunakan oleh pihak Kementerian kepada generasi muda kita sebagai langkah pencegahan sebagai ganti melaksanakan vaksinasi yang menjadi kontroversi itu?

CAP bersetuju dengan PAGE bahawa tidak perlu sama sekali bagi kanak-kanak diberikan vaksin HPV. Kami juga menggesa Kerajaan menggunakan peruntukan RM150 juta untuk menerbitkan bahan bacaan dan mendidik orang ramai berhubung bahaya HPV disebabkan oleh hubungan seksual untuk memastikan bahawa anak-anak kita selamat daripada virus dan juga meningkatkan kempen awam bagi PAP Smears dan ujian HPV untuk mengesan tanda-tanda awal kanser servik atau HPV. Ujian HPV untuk mengesan HPV, virus yang boleh menyebabkan perubahan sel ini, satu keadaan yang boleh dirawat manakala ujian PAP Smears untuk melihat perubahan sel awal pada servik yang boleh berkembang menjadi kanser servik.

Kami juga amat prihatin berhubung keselamatan vaksin ini. Seperti yang dipetik oleh PAGE, Bernama baru-baru ini melaporkan bahawa ujian klinikal vaksin ini telah dihentikan oleh pihak berkuasa berikutan kematian enam kanak-kanak. Sehubungan itu, kami juga mengemukakan fakta bahawa New York Post mendedahkan pada 2008 Gardasil (vaksin HPV yang dikeluarkan oleh Merck) di bawah siasatan terhadap kemungkinan dikaitkan dengan lumpuh, serangan jantung dan 18 kematian.

Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengetahui mengenai hubungan antara vaksin dan Autisme pada 2000. Gardasil juga bertanggungjawab terhadap kadar yang tinggi bagi pitam (syncope) dan pembekuan darah (venous thromboebolic events) dalam kalangan penerima. Di Amerika Syarikat, pembekuan darah dinyatakan dalam 56 laporan dan termasuk 19 kes saluran arteri utama paru-paru tersumbat (pulmonary embolism), empat daripadanya membawa kematian.

Pada keseluruhannya, 772 keadaan dijelaskan sebagai serius dan termasuk 32 kematian akibat daripada keadaan itu. Sejumlah kecil kes Guillain-Barre Syndrome (GBS) dilaporkan berikutan vaksinasi dengan Gardasil. Masalah lain yang dikaitkan dengan Gardasil adalah sakit kepala, tindak balas hipersensitiviti, dan ruam (urticaria). Pada Februari 2008, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan satu kelompok Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan di wilayah Valencia melaporkan dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan.

Cervarix, vaksin HPV oleh GlaxoSmithKline dikaitkan dengan kematian. Pada 28 September 2009, seorang gadis berusia 14 tahun di Coventry, England mati sebaik sahaja menerima vaksin Cervarix di sekolahnya sebagai sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan. Amat mengejutkan, malah sebelum vaksin ini diluluskan oleh FDA, pihak berkuasa terkenal di peringkat antarabangsa berhubung penilaian keselamatan ubatan, Cervarix diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) pada 2007.

Begitupun vaksin ini tertakluk kepada ujian klinikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menentukan keselamatan atau keberkesanannya sebelum digunakan terhadap anak-anak kita. Kerajaan kita tidak terhalang oleh ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan dan keadaan yang tragik ini dan terus untuk mempromosikan vaksin yang tidak perlu dan amat berbahaya untuk anak-anak kita yang tidak menyangkanya.

Dengan anggaran 300,000 pelajar perempuan di negara ini dijadikan sasaran untuk vaksinasi oleh kerajaan, kini tiba masanya ibu bapa menyedari risiko yang dikaitkan dengan vaksin ini oleh kerajaan. Sepertimana yang dinyatakan oleh PAGE, pelaksanaan vaksin ini berisiko tinggi kepada anak-anak kita dan tiada manfaat ekonomi kepada negara kita, melainkan kepada pembekal farmaseutikal.

Bahaya kesihatan daripada vaksin telah menghasilkan lebih banyak kemusnahan dan tidak boleh kembali seperti sediakala berbanding bilangan diagnosis kanser servik sebenar. Memandangkan kepada bahaya yang jelas pada masa kini yang dikaitkan dengan vaksin HPV, CAP menggesa ibu bapa pelajar perempuan yang bersekolah melaksanakan hak untuk membuat keputusan mereka sebagai ibu bapa dalam menolak vaksinasi untuk anak-anak mereka dan sebagai ganti menerapkan nilai agama dan moral serta mendidik mereka berhubung bahaya aktiviti seksual pada peringkat awal sebagai hanya satu-satunya cara untuk mengelakkan daripada dijangkiti dengan virus seperti HPV.

Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan menarik balik dengan segera pelaksanaan seterusnya program yang begitu kejam ini dan kerajaan membatalkan sokongan terhadap skim yang tidak wajar dan berpotensi mengancam nyawa ini dengan segera.

Kami tidak bersedia untuk melihat anak-anak kita mati dengan sia-sia akibat ketamakan korporat dan sikap berat sebelah kerajaan.

SM Mohamed Idris,

Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Friday, April 8, 2011

Siot! mkn telus palsu????!!!

Semalam aku tgk berita n agak terperanjat OPOCOT!!! setelah mengetahui telur made in china sudah menyerang Pulau Pinang!!! kesian ayam telur.... aku ni penggemar ayam telur sbb liat2 gitu.... nih aku nk tunjuk pic2 cara membuat telur ayam.... nih bhn2nyer kalsium karbonat, pati, damar, gelatin, tawas dan produk yg aku x paham.



kalau telur palsu dia nyer kulit sgt karas dr yg ori punyerrrr


yang right tu yg palsu... klu telur betul atas dgn bwh kan lain bentuknyer....



Pelik x telur kuning dia???


Persoalannyer skunk.... sihat ke mkn telur ni??? kite tggu je jawapannye dr jabatan kesihatan yerrr...

Tuesday, April 5, 2011

Keletah baby yg anda mungkin tersenyum...

senyum lah senyum lah... ahai cek mek molek... senyum lah senyum lah... ahai cek mek molekkkkk!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...